bunga hot cr3ative

Salam,
HOt Cr3ativ3 merupakan sebuah blog yg menyediakan dan mempermudahkan kepada sesiapa saja yang bakal meraikan hari-hari bahagia seperti majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dengan pilihan-pilihan bunga telur, hantaran, serta khidmat rundingan perkahwinan. Kami juga menerima tempahan bunga telur/gift utk majlis cukur jambul atau khatam al-quran. Yang pasti kami menjanjikan ciptaan bunga2 yg berbeza serta harga mengikut kemampuan anda.

ooo yeaaa di blog ini juga saya akan masukkan juga cite2 santai, info/tips mengenai ape saja.. kan SHARING tu CARING !! ;D

Total Pageviews

Friday 17 October 2014

AUTUM DI KOREA

     YEEAAaaaa finally berjaya juga aku berpijak di bumi yang nyata. Dan ternyata mmg aku berpijak di bumi Korea... huhuuuhuuu... Sekian lama menunggu saat-saat kritkal ni untuk bergambar bagaikan puteri lesung batu..hoyeeee... (okey ni cite gembira masa dah smpai)


Dongdaemun area


 (Pembukaan cite)
1 hari aku terima email dari kekasih hati.JENG..JENG..JEEEENNNNGGGG
Yeeaa Air Asia hantar email suruh aku habiskan duit.  Diorg open free seat. ape lagi target aku tahun ni nak berjalan ke Korea sebab belah2 seberang ni aku dah habis cover. Tringin nak naik Air AsiaX plak. Sangat menyesal sbb aku tak berminat menulis di blog. Dan target lps balik Korea ni mmg aku nak menulis blog mengenai kisah Korea.Bukannya ape, supaya dapat aku menjadikan sumber rujukan aku dan juga rakan2 aku klu nak berjalan in future kelak. Ni tak, mcm ke bali hartu dah pergi kali ke 3 pun aku nak kena buat ulang kaji balik. Haiyaahhhh...

Okey berbalik pada cite tiket. Aku plan nak gi musim luruh. pilih punya pilih... dapat la satu date ni yang murah. seorang rm652.. kami pergi berlima. saya with husband and anak. n then my mum  n my ofc mate. Tup-tup esok tu my mum kata kawan dia nak ikut. book kan tiket dia the next day... hwaaaaaaaa jelez btul. tiket dia lagi murah hokey. rm606!!! takpelah itu la rezeki namanya kan cik lahhh ;)
Air Asia biasa akan buka free seat ni 1year awal. saya suka juga cara begini. at least saya dapat menyimpan duit skit2.
pls take note kawan2... if u olss nak pergi musim luruh make sure date depart u olls 1 nov onwards. we olls pergi end of september. daun2 belum bertukar warna lagi. yg ada pun mcm tukar2 ayam... (cry like crazy)
walaupun dalam calender musim tu dia tulis autum bermula september.

kalau kawan2 nak buat rujukan, time  we olls pergi ni 28 Sept 14. time ni sejuk-sejuk ayam. cuaca lebih kurang mcm dekat Genting. klu ada matahari tu panas skit la. tapi bila datang angin tu, sejuk la juga. Klu malam memang sejuk. di tambah pula dangan angin penampar pipi... adoi sampai tulang sum sum terasa beku. ini cite klu berjalan berbumbungkan langit la. klu jln dalam mall tu sama je perasaan mcm kita bjln dalam mall kat M'sia.
hheheheheh...


Selepas enam bulan berlalu. Duit pun dah terkumpul skit. Tiba masa untuk book hotel plak. Sebelum book hotel saya lebih suka membaca terlebih dahulu untuk mengetahui di lokasi mana paling best or lokasi mana yang menarik untuk stay.  Baca punya baca... saya decide nak stay dekat Itaewon area. Kat sini memang femes banyak makanan halal. Sememangnya Islamic tourist banyak stay dekat sini. Kat sini juga terdapat 1 of the femes masjid di Seoul. Dari Itaewon ni juga ibarat pertengahan antara semua tempat. jadi nak g mana2 pun semua dekat. Okey now buka page AGODA.. saya memang suka book dengan agoda. coz with AGODA for me banyak senangnya. bila nak tukar itu ini just call them n bagitau. lepas dah buat soal siat so on the spot dapat buat perubahan. and then with AGODA juga banyak promo and bilik dia kira worth it dengan harga... eeehhhh banyak promote AGODA nampak. kena mintak komisen kat AGODA nihhh.. heheh....

Newaz cari punya cari macam mahal la plak bilik-bilik ni. Kalau nak ambik guest house macam tak comfort plak sebab ada budak kenet ni. Kalau single mingle aku sapu jer kannn. Tiba-tiba... (plinggggg) idea datang kalau aku dah g reramai macam ni baik aku try cari apartment harga yang murah kot2 ada. sebab kita org memang dah plan nak masak sendri. aku dengan mak aku ni memang tak boleh nak trima makanan Korea. lagipun makanan halal kat sini pun memang mahal. bayangkan aku beli lime 3biji yg color hijau 8000w. duit kita lebih kurang rm20 ler. klu lime yg kuning tu 3000w (menangis kejap).
So dalam AGODA memang dah takde. Google n terus google lagi.. google n google... eeh ada laaa... kat location yang aku nak plak tu. baca la cerita ringkas tu. macam best plak. ini under AirBnb... menatang ape plak Airbnb ni. tak pernah dengar. Baca plak review2.. ok. macam boleh dipercayai. tanya kawan2 yang rajin berjalan macam aku juga pun dia tak pernah dengar. mmmmm... risau juga. kang dah bayar menatang ni menipu plak. aku terus menyiasat dan terus siasat tentang menatang Airbnb ni rupanya dia dah femes belah2 europe nuhhh.. kat belah2 sini baru dia nak start dengan Hong Kong n Korea.. Aku pun dengan gamble jerrr terus book. redha je lah kalau bad news di belakang hari... hwaaaaaa...

okey info untuk semua. selepas beberapa minggu aku book Airbnb ni, tiba2 banyak plak iklan dia dah start keluar2.. kat Fb pun dah banyak promo. so dari situ hatiku sedikit lega.rupanya Airbnb dah mula masuk Asean country. Untuk pengetahuan semua Airbnb ni macam AGODA,BOOKING n sewaktu dengan nya. cumanya Airbnb ni provide like a home. Alaaa bahasa kita guna kat Malaysia ni home stay. haa gitu la konsepnya.murah tau u olls. dia bagi harga yg sesuai dengan keadaan rumah tu la. Seriuzly sangat puas hati. Owner rumah tu pun sangat best. bagi details n info sangat pantas. diingatkan kpd u olls yang nak booking homestay2 tersebut silalah baca review dulu. membantu juga anda nak tau location tu sesuai ke idak dgn kemahuan anda.
Okey nak tau booking rumah kami 1 malam rm 383 x 4malam =  rm1532.
rm 1532 + ( service fees bagai) = rm1685  bahagi 5 org, sorang rm337 untuk 5D/4N. murahkan... haaaa ada 2 bilik tido. Ada dapur. Ada segala kelengkapan mcm duduk kat rumah la kiranya.My advice sape2 yang pergi beramai2 tu better ambik rumah macam ni. banyak pilihan. anda masuk je Airbnb tu then cari la rumah yang diingini. macam2 budget pun ada. So settle la bab-bab hotel ni.


Sedutan ruang tamu


Next planning u olls kalau naik Air Asia tu simpan la duit skit2 lagi buat beli luggage plak or untuk meal dalam penerbangan. Kalau Air AsiaX ni luggage dia mahal skit.
Penerbangan dari KUL ke INCHEON ni memakan masa selama 6jam n perbezaan waktu kita n Korea adalah 1 jam awal dari waktu Malaysia. Sila la ambik meal 2x yer. Mcm we olls flight kul 8am n smpai 3.20pm. so 1 meal utk pagi n another meal utk lunch.
Bagi yang bawa baby yang dah biasa tido dlm baby cot tu boleh la request bassinet on board. tapi bg baby fairy tale di mana saja boleh tido lagi2 atas riba ibunda tu memang best. Pada mama n papa tak yah la beli bassinet. membazir sbb tak guna pun. anakku asyik nak turun je. mengamuk tak nak duduk dalam tu. hahahhaha....dah ler mahal aku book. and sape yg masih breasfeed tu nak ambik hot seat for me tak suggest la coz orang lalu lalang nak g toilet mengganggu our baby n juga keselesaan untuk kita breastfeed. Hot seat ni memang selesa skit la. klu nak ambik juga ambik yaang belah tingkap. yang tu lebih tertutup skit untuk breasfeed. saya dah beli hotseat last2 tukar tempat dengan mak. baik duduk kat tepi tingkap lagi selesa n under cover... (membazir byk di situ. nangis like nyawa2 ikan)..

Anywaz sambungan next page yer......




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.